Al Quds — Israel bertindak menutup Masjid Ibnu Qudaamah yang terletak di Jalan Ikhwan al-Safa, kejiranan Wadi al-Jawz, mendakwa masjid tersebut digunakan sebagai markas Hamas. Tindakan yang melibatkan pengawal sempadan Israel dan pegawai-pegawai perisikan Shin Bet itu turut menangkap 2 lelaki yang berada di masjid tersebut, Amjad al-Shami dan Hamzah Muswadda.
Pihak berkuasa Israel itu dikatakan memecah masuk melalui pintu utama masjid dan seterusnya merampas beberapa barangan termasuk sepanduk dan mikrofon yang digunakan untuk melaungkan azan. Mereka kemudiannya menggantungkan notis penutupan masjid itu, mendakwa bangunan itu pernah digunakan sebagai markas Hamas.
Masjid tersebut dibuka kira-kira sebulan lalu oleh masyarakat Islam setempat, memandangkan tidak ada masjid lain di kawasan tersebut. Ia dibina di atas sebidang tanah yang disedekahkan sebagai tanah waqf orang Islam. Bagaimanapun Israel tidak menghormati taraf waqf tanah tersebut.
Sementara itu di Jaffa, beberapa orang pengganas Yahudi telah ditangkap ketika merancang letupan bom di masjid Hassan-Beck. Mereka didakwa meletakkan bahan letupan di dalam sebuah kenderaan awam, dan merancang untuk meletupkan bahan tersebut dari jarak jauh ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat.
Sebelum ini, masjid tersebut telah beberapa kali diserang puak pelampau Yahudi. Menara masjid ini pernah diruntuhkan, selain cubaan membakar dan juga tindakan membaling kepala bangkai babi ke laman masjid.
————-
Sumber berita: Silwanic dan Palestine Information Center

Tiada ulasan:
Catat Ulasan