***
MALAYSIAalyaum: Perbahasan Hukum Membakar Mayat

Halaman

Perbahasan Hukum Membakar Mayat


Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang suatu cadangan membakar mayat di Turki disebabkan masalah tanah perkuburan yang semakin berkurangan. Dikatakan tanah yang sedia ada hanya mampu digunakan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Isu ini telah mendapat perhatian yang hebat dari serata dunia termasuklah negara kita Malaysia. Ramai di kalangan ilmuan mengkritik cadangan ini namun ada di kalangan rakyat Turki mewasiatkan agar dibakar setelah meninggal dunia.


Pengurusan Jenazah Menurut Ajaran Islam

Islam telah mengajar umatnya beberapa panduan menguruskan jenazah bermula selepas kematiannya sehingga selamat dikebumikan. Antara perkara wajib yang perlu dilaksanakan kepada mayat :

1. Dimandikan
2. Dikafankan
3. Disolatkan
4. Dikebumikan

Tatacara ini telah dijelaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah dengan menepati kehendak kehidupan manusia. Hal ini kerana Islam memuliakan kedudukan manusia selaku khalifah di muka bumi dalam keadaan mereka sudah meninggal dunia sekalipun.

Hukum Membakar Mayat

Para ulama' bersepakat bahawa perbuatan membakar mayat merupakan suatu tegahan yang disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W. Perkara ini adalah suatu bentuk siksaan yang dikenakan kepada mereka yang telah mati. Sabda baginda :



حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا مُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِزَامِيُّ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَمْزَةَ الْأَسْلَمِيُّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّرَهُ عَلَى سَرِيَّةٍ قَالَ فَخَرَجْتُ فِيهَا وَقَالَ إِنْ وَجَدْتُمْ فُلَانًا فَأَحْرِقُوهُ بِالنَّارِ فَوَلَّيْتُ فَنَادَانِي فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ فَقَالَ إِنْ وَجَدْتُمْ فُلَانًا فَاقْتُلُوهُ وَلَا تُحْرِقُوهُ فَإِنَّهُ لَا يُعَذِّبُ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Manshur, telah menceritakan kepada kami Mughirah bin Abdurrahman Al Hizami, dari Abu Az Zinad, telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hamzah Al Aslami, dari ayahnya, bahwa Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam telah menunjuknya sebagai pemimpin sebuah kesatuan militer. Hamzah Al Aslami berkata; kemudian aku keluar diantara pasukan tersebut. Beliau berkata: "Apabila kalian mendapatkan Fulan, maka bakarlah dia dengan api." Kemudian aku pergi, lalu beliau memanggilku lalu aku kembali kepada beliau. Beliau berkata: "Apabila kalian mendapatkan Fulan maka bunuhlah dia, dan jangan kalian bakar! Sesungguhnya tidak ada yang boleh menyiksa dengan api kecuali Tuhan Penguasa api." (Hadith Riwayat Imam Abu Daud - 2299).

Dalam hadith ini, baginda menegah para sahabat membakar musuh ketika berhadapan dengan mereka. Walaubagaimanapun, apa yang perlu difahami oleh kita ialah penggunaan lafaz umum dalam hadith tersebut iaitu :

فَإِنَّهُ لَا يُعَذِّبُ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ

Maksudnya : Sesungguhnya tidak ada yang boleh menyiksa dengan api kecuali Tuhan Penguasa api.

Keterangan ini jelas menunjukkan hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan berhak membakar manusia iaitu menyeksanya dengan api neraka. Perbuatan mereka yang menyangka bahawa membakar manusia itu merupakan amalan yang suci dan sebagainya adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan agama.

Selain itu, terdapat juga hadith lain menyatakan perkara yang sama :


حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ مَحْبُوبُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا أَبُو إِسْحَقَ الْفَزَارِيُّ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ الشَّيْبَانِيِّ عَنْ ابْنِ سَعْدٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ الْحَسَنُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَانْطَلَقَ لِحَاجَتِهِ فَرَأَيْنَا حُمَّرَةً مَعَهَا فَرْخَانِ فَأَخَذْنَا فَرْخَيْهَا فَجَاءَتْ الْحُمَرَةُ فَجَعَلَتْ تُفَرِّشُ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَنْ فَجَعَ هَذِهِ بِوَلَدِهَا رُدُّوا وَلَدَهَا إِلَيْهَا وَرَأَى قَرْيَةَ نَمْلٍ قَدْ حَرَّقْنَاهَا فَقَالَ مَنْ حَرَّقَ هَذِهِ قُلْنَا نَحْنُ قَالَ إِنَّهُ لَا يَنْبَغِي أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Shalih Mahbub bin Musa berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Ishaq Al Fazari dari Abu Ishaq Asy Syaibani dari Ibnu Sa'd -Abu Dawud berkata; dia adalah Al Hasan bin Sa'd- dari 'Abdurrahman bin Abdullah dari Bapaknya ia berkata, "Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam suatu perjalanan, lalu beliau pergi untuk buang hajat. Kami lalu melihat seekor burung bersama dua anaknya, kami lantas mengambil dua anaknya hingga menjadikan burung tersebut terbang berputar-putar di atas kepala kami. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian datang dan bertanya: "Siapa yang menyakiti burung ini dengan mengambil anaknya? Kembalikanlah anaknya kepadanya." Setelah itu beliau juga melihat sarang semut yang telah dibakar, beliau pun bertanya: "Siapa yang membakar sarang ini?" Kami menjawab, "Kami." Beliau bersabda: "Sesungguhnya tidak pantas bagi seseorang menyiksa dengan api kecuali pemilik api (Allah)." (Hadith riwayat Imam Abu Daud - 4584).

Imam Al-Munziri menyatakan bahawa Imam Bukhari dan Ibnu Abi Hatim telah menyebutkan perihal Abdul Rahman bin Abdullah yang mendengar (meriwayatkan) hadith ini daripada bapanya. Manakala Imam At-Tirmizi pula mengatakan darjat hadith ini adalah sohih dan disebutkan juga di dalam kitabnya Jami' At-Tirmizi.

Kejadian yang disebutkan dalam hadith lebih umum iaitu dengan menyatakan larangan membakar makhluk lain walaupun mereka lebih lemah berbanding manusia, maka bagaimana pula dengan manusia yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Firman Allah S.W.T. :

لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم

Maksudnya : Sesungguhnya kami telah menjadikan manusa dengan sebaik-baik kejadian. (Surah At-Tiin ayat 4).

Sedangkan perbuatan mematahkan tulang mayat itu ditegah oleh Nabi S.A.W. walaupun jika mendapatinya dalam keadaan reput berdasarkan kepada hadith :

حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سَعْدٍ يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari Sa'd bin Sa'id dari 'Amrah binti Abdurrahman dari Aisyah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Mematahkan tulang orang yang mati seperti halnya mematahkannya ketika ia masih hidup." (Hadith riwayat imam Abu Daud – 2792)

Begitu besar rahmat Allah S.W.T memelihara hambanya walaupun mereka telah menjadi mayat, sedangkan perbuatan yang bertentangan dengan apa yang telah diajarkan agama semata-mata mengikut hawa nafsu.

Cadangan Penyelesaian Terhadap Masalah Yang Timbul

Setelah melihat kepada beberapa keadaan dan situasi maka pihak MANHAL PMRAM mengemukakan beberapa cadangan untuk dijadikan alternatif kepada penyelesaian masalah ini. Cadangan ini merupakan usaha yang dilakukan oleh beberapa negara seperti Malaysia dan Singapura disebabkan masalah yang sama. Namun, penyelesaian yang dicadangkan perlulah menepati garis panduan syara' setelah dibincangkan oleh para ulama'. Antaranya ialah :


1. Mayat Baru Ditanam Dalam Kubur Lama

Sedia maklum proses ini sering berlaku kepada tapak perkuburan lama yang mayat-mayat di situ dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan baru . Situasi ini disebabkan penggunaan kawasan tanah perkuburan lama tersebut untuk tujuan lain seperti perluasan kawasan masjid, dan sebagainya. Para ulama' telah membincangkan perkara ini dengan melihat kepada pandangan syara' :

• Hukum Membongkar Kubur Lama Untuk Dimasukkan Mayat Baru :

a) Mazhab Hanafi – tidak dibenarkan membongkarnya kecuali mayat pertama telah hancur keseluruhannya melainkan tulang. Mereka berpendapat bahawa hanya sekadar memisahkannya dengan mayat baru dengan tanah.

b) Mazhab Syafie dan Hanbali – tidak dibenarkan sama sekali sehingga kesan mayat yang pertama daripada daging dan tulang sudah tidak kelihatan lagi. Perkara ini dilihat perlunya rujukan kepada mereka yang pakar bagi menentukan samada mayat itu sudah reput secara keseluruhan atau belum. Jika digali dan didapati masih ada kesan mayat pertama maka dikambus kembali dan digali kubur yang lain yang telah dipastikan keadaan mayatnya yang telah hancur.

Pendapat ini menggunakan hadith Nabi S.A.W. yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu pengharaman mematahkan tulang mayat. Oleh sebab itu, pengaharaman untuk membongkar kubur bagi pendapat ini berterusan selagi mana masih ada kesan mayat mayat pertama daripada daging atau tulang.

Kesimpulan daripada masalah : Tidak dibenarkan membongkar kubur dengan sebab yang tidak syar'ie tetapi ia tidak menjadi masalah jika dilakukan kerana maslahah/kebaikan umum. Keadaan yang dibenarkan pula apabila mayat betul-betul telah hancur dan menjadi tanah bahkan dibolehkan untuk tujuan lain seperti bercucuk tanam, membina bangunan dan lain-lain. Selain itu, kubur juga boleh dibongkar jika mayat yang ditanam tidak dimandikan, atau tidak dikafankan, dikafankan menggunakan kain yang dirampas, dikafankan menggunakan sutera, terdapat harta di dalam kubur dan sebagainya.

2. Kubur Bertingkat

Cadangan ini melihat kepada situasi yang berlaku kepada beberapa negara termasuk Malaysia di Selangor kerana masalah kekurangan tanah.Walaubagaimanapun, beberapa perkara perlu dilihat sebelum proses ini dapat dilaksanakan :

• Masalah kekurangan tanah perkuburan.
• Kajian tentang kesesuaian perkara ini dari pelbagai aspek seperti agama, maslahah/kebaikan umum dan kesan.
• Memberi penerangan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam tentang cara pengurusan kubur bertingkat.
• Teknikal yang jelas kepada petugas yang berkenaan bagi memastikan agar pengebumian ini dapat dilakukan dengan baik. Hal ini kerana antara hikmah proses pengebumian ini dilaksanakan mengikut panduan syara' ialah :
- Selamat daripada binatang buas.
- Tidak terkeluar baunya.
- Tidak membenarkan ia dibongkar dengan mudah bagi mengelakkan kecurian kain kafan atau sebagainya berlaku.


Kesimpulan : Islam merupakan agama yang memberikan kemudahan kepada penganutnya berdasarkan kepada pemeliharaan perkara-perkara asas agama. Manakala perlakuan membakar mayat pula adalah suatu perbuatan yang berlandaskan hawa nafsu dan boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kebinasaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, panduan dan rujukan perlulah ditujukan kepada mereka yang betul-betul faham tentang penyelesaian masalah yang berlaku sesama umat Islam.

Wallahua'lam.

Rujukan :

1. Sunan Abu Daud karangan Imam Abu Daud Sulaiman Ibn Al-Asy'ath Al-Azadi Al-Sijistani.
2. Fiqhul Kitab Wa As-Sunnah karangan Dr. Amir Abdul Aziz (Pensyarah bahagian Fiqh Muqaran di Universiti An-Najah Al-Wataniah, Nablus, Palestin).
3. Sumber berita dan pautan yang berkaitan.

Disediakan oleh,
Muhammad Hanif Jamaluddin,
Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...