WASHINGTON: Melalui perantara dan cakera komputer murah, Osama bin Laden berjaya mengirim e-mel kepada pihak tertentu ketika bersembunyi tanpa meninggalkan sebarang jejak digital untuk perisik Amerika Syarikat.
Walaupun sistem dipraktikkan Osama itu memakan masa dan tenaga, ia tetap berkesan dan membolehkan pemimpin al-Qaeda itu menjadi penulis e-mel yang prolifik ketika tempat persembunyiannya tidak dilengkapi sebarang sambungan telefon atau Internet.
Kaedah itu, kata seorang pegawai antipengganas AS, mengecewakan usaha Barat mengesan jejak Osama melalui dunia siber.
“Rangkaian sistem Osama dibina atas dasar disiplin dan kepercayaan,” katanya.
Menurut pegawai itu, kaedah berkenaan bagaimanapun turut meninggalkan banyak arkib pertukaran e-mel di antara Osama dengan pihak lain untuk diselidik.
“Sejumlah rekod elektronik yang dikeluarkan dari tempat persembunyian Osama selepas dia dibunuh awal bulan ini mendedahkan ribuan mesej dan kemungkinan ratusan alamat e-mel,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila Osama mahu menghantar mesej, dia menulisnya di dalam komputer dan disimpan dalam pemacu memori untuk diserahkan kepada perantara.
Katanya, perantara itu kemudian menyalin mesej berkenaan ke dalam e-mel di tempat lain untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan.
Apabila ada mesej dari luar untuk Osama, kaedah sama digunakan perantara berkenaan.
“Proses itu lambat dan sangat teliti tetapi berkesan dipertahankan sekian lama sehingga memeranjatkan pegawai perisikan veteran,” katanya.
Sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan